Kali pertama menulis penulisan di blog terbaru setelah puluhan blog yang aku buat semuanya tak menjadi. Kali ini insha Allah aku akan bergiat menulis penulisan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tema yang ditulis di blog ini pastinya tidak berfokuskan kepada satu tema sahaja kerana minatku yang banyak terhadap pelbagai cabang ilmu membuatkan aku membaca secara hobi dan sukarela kepada pelbagai genre dan subjek tetapi pastinya yang paling aku minat sekali adalah bidang pemikiran dan falsafah keindahan.


    So, tanpa buang masa hari ini akunak berkongsikan kepada anda semua satu perkara yang kita sering terlupakan seharian dalam menjalani hidup kita. Mungkin aku akan melakar tajuk bagi penulisan kali ini iaitu :


Apakah yang sering kita terlupakan?


    Dalam perbuatan seharian kita, pastinya kita akan sering menganggap suatu perkara dengan ada dualiti persaingan antara kedua perkara tersebut. Perkara ini memang kita anggap memang berlaku malah wujud nyata dalam pemikiran pada setiap perbuatan kita. Contoh untuk mudah difahami, kita akan sering menganggap bahawa persaingan itu adalah jalan terbaik untuk kita menapak ke menara gading bagi suatu tujuan. Makanya kita akan sering membuat persepsi khayali suatu objek yang kita kagumi sebagai entiti yang membuatkan kita hendak bersaing dengan perkara tersebut bagi menapak kejayaan seiring dengan entiti tersebut ataupun lebih lagi. Misalnya, kita akan menganggap rakan kita sebagai teman persaingan bagi siapa yang lebih handal dalam pelajaran. Makanya pasti adanya objek yang menang dan ada objek yang terkalahkan. Pasti kerana ianya adalah hukum persaingan secara adat dalam dunia ini. Adakah ini bagus untuk kita amalkan?

     Dalam konteks yang lebih besar misalnya, setiap negara bahkan bersaing dengan jiran-jiran dekat ataupun yang jauh bagi sama-sama bersaing ke arah kejayaan. Pastinya akan wujud khilaf ataupun ikhtilaf dalam proses ini. Maka adakah perkara ini yang patut kita jadikan sumber ideal yang paling tertinggi?


    Bagi aku, konsep persaingan,perlumbaan,peraduan dalam mengejar suatu perkara bukanlah 100% salah kerana ianya memang adalah adat dalam hukum alam ini. Di mana ada letaknya suatu kausaliti pasti adanya hukum seperti ini. Tetapi kita sering terlupa yang kita jadikan sumber ideal tertinggi ataupun dalam bahaasa Arabnya (muthul al-a'la) bukanlah perkara yang sering kita konsepsikan dengan perkara yang boleh dinilai dengan pancaindera yang lima dan boleh distatistikkan dalam bentuk Sains Moden sekarang ini. Bagi aku konsep ideal tertinggi itu hanya wujud dalam benak setiap mereka yang berfikir secara waras. Bagi orang Islam akan menjadikan Allah sebagai al-Hak dan penentu kepada setiap sumber ideal tertinggi. Bagi mereka yang tak beriman kepada suatu entiti yang menyusun dengan hikmah suatu perkara akan menjadikan konsepsi Ideal Tertunggi tersebut sebagai konsep yang paling tertinggi dan perlu dicari oleh setiap orang yang waras dengan melihat kemutlakan Sumber Ideal Tertinggi tersebut pada zatnya sendiri. Bukan sebagai unsur luaran yang berkenaan dengan entiti tersebut bahkan bukan sebagai perkara yang mendatang pada entiti tersebut.


    Sebagai pemudah pada apa yang aku tuliskan, dalam pelajaran contohnya kita bersaing secara positif bukanlah kerana mengejar prestasi dalam peperiksaan bagi menentu kebijakan siapa yang paling terhandal. Adalah yang sepatutnya kita kejar adalah kebaikan yang tertinggi dalam suatu pelajaran. Ada yang menyebutnya sebagai hikmah,kepandaian,ilmu yang benar dan wajah-wajah konsep tertinggi yang lain. Kalau hendak bezakan apakah perbezaan antara dua perkara tersebut. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang aku utarakan dalam menggapainya tak nak tak kita akan melalui proses ikhtilaf antara sesama kita. Tetapi perkara kedua yang bersifat universal dan sumber tertinggi pada setiap orang, takkan ada satu orang pun yang akan membantah bahawa perkara tersebut adalah perkara yang bersama-sama untuk mereka gapai dan ianya bukanlah dengan jalan ikhtilaf apatah lagi khilaf.


    Apabila kau sudah menelaah apa yang aku tuliskan, kau akan mendapati mereka yang mengejar perkara pertama adalah kebanyakan orang di dunia ini. Mereka sanggup berhempas pulas mengejar perkara pertama itu kerana entitinya yang sangat disukai kerana zahir pada mata kasar mereka itulah yang paling ideal. Padahal perkara kedua tersebut walaupun ianya ada wujud pada setiap kalbu manusia , hanya mereka yang terbuka mata hatinya sanggup mengejar perkara tersebut. Ada yang menyebut proses penggapaian tersebut sebagai wisdom ataupun kebijaksanaan, ada yang menyebut sebagai hikmah, ada yang menyebut sebagai eudomania dan ada yang menyebut sebagai transcendental Philosophy dan lain-lain gelaran yang ada.


    Itulah sebenarnya perkara yang kita kejarkan. Kita dambakan pada setiap perlakuan, amalan, ucapan dan fikiran. Wa lillahi al hak.

Tammat penulisan pertama. Semoga berjumpa pada penulisan kedua. Selamat membaca .

Comments