Maafkanku yang tak tersedar

 Hebatnya kuasa Ilahi,

Mengenggam jiwa hamba membolak-balikkan hati,

Supaya hati selalu cakna akan kuasa Sang Maha Pengatur,

Supaya hati selalu minta diatur bukan mengatur yang sudah teratur.


Hari ini aku mula membelek-belek kitab-kitab lama,

Yang sudah dimamah debu kerna terbiar tanpa disentuh,

Alangkah girang bercampur sedih hati ini,

Perasaan lama berputik kembali,

Yang disimpan dalam memori nurani,

Mengingatkan diri ini pada azam yang abadi,

Mengingatkan supaya diri ini selalu bertapak di atas jalan ilmu,

Berteleku memperjuang segala yang dibaca,

Supaya anak cucu dapat kenal apa yang dirasa.


Sungguh aku leka dengan dunia,

Takut hilang mata pencarian maka diri berangkat untuk berkerja,

Mencari nafkah sehingga lupa tujuan utama,

Iaitu memperjuang ilmu akli di Malaysia,

Supaya dikenal oleh rakyat dan diletak pada tempatnya,

Supaya kita saling beradab dengan dunia,

Menggunakan akal  bagi mencapai syurga.


Mulai hari ini,

Aku berazam mengatur kembali hidupku yang usang,

Setelah lama terbiar tanpa azam,

Hilang tujuan diri hilang kewarasan,

Untuk aku bertapak kembali mencapai apa yang dihajatkan,

Iaitu memperjuang ilmu pengetahuan,

Walaupun ku sedar diri ini tak berkemampuan,

Tak usah dibimbangkan kerana ku yakin Allah pembuka jalan.


-Catatan 15/4/2021-

Comments