Posts

Wahai Manusia, tolong tahu diri!

Wahai Manusia, Tolong tahu diri, Kiamat sudah dekat, Tapi dirimu masih mahu kelihatan hebat, Padahal terkandung banyak cacat. Wahai manusia, Tolong tahu diri, Mati sudah menjengah, Nafas sudah pun lelah, Tapi jauh dari maksiat pun makin payah, Apatah lagi perangai pun susah diubah. Wahai Manusia, Tolong tahu diri, Kalau tidak tahu tolong rujuk orang yang tahu, Jangan jadi orang acah tahu, Nak buat Yong Taufu, Sekali jadi merapu. Wahai Manusia, Tolong tahu diri, Jiranmu diam-diam sembunyikan kesusahan, Awak pula dengan megah tayang berlian, Kaya hari ni banyak kawan, Besok susah hutang pula kat Jiran?

Maafkanku yang tak tersedar

 Hebatnya kuasa Ilahi, Mengenggam jiwa hamba membolak-balikkan hati, Supaya hati selalu cakna akan kuasa Sang Maha Pengatur, Supaya hati selalu minta diatur bukan mengatur yang sudah teratur. Hari ini aku mula membelek-belek kitab-kitab lama, Yang sudah dimamah debu kerna terbiar tanpa disentuh, Alangkah girang bercampur sedih hati ini, Perasaan lama berputik kembali, Yang disimpan dalam memori nurani, Mengingatkan diri ini pada azam yang abadi, Mengingatkan supaya diri ini selalu bertapak di atas jalan ilmu, Berteleku memperjuang segala yang dibaca, Supaya anak cucu dapat kenal apa yang dirasa. Sungguh aku leka dengan dunia, Takut hilang mata pencarian maka diri berangkat untuk berkerja, Mencari nafkah sehingga lupa tujuan utama, Iaitu memperjuang ilmu akli di Malaysia, Supaya dikenal oleh rakyat dan diletak pada tempatnya, Supaya kita saling beradab dengan dunia, Menggunakan akal  bagi mencapai syurga. Mulai hari ini, Aku berazam mengatur kembali hidupku yang usang, Setelah ...
       Kali pertama menulis penulisan di blog terbaru setelah puluhan blog yang aku buat semuanya tak menjadi. Kali ini insha Allah aku akan bergiat menulis penulisan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tema yang ditulis di blog ini pastinya tidak berfokuskan kepada satu tema sahaja kerana minatku yang banyak terhadap pelbagai cabang ilmu membuatkan aku membaca secara hobi dan sukarela kepada pelbagai genre dan subjek tetapi pastinya yang paling aku minat sekali adalah bidang pemikiran dan falsafah keindahan.     So, tanpa buang masa hari ini akunak berkongsikan kepada anda semua satu perkara yang kita sering terlupakan seharian dalam menjalani hidup kita. Mungkin aku akan melakar tajuk bagi penulisan kali ini iaitu : Apakah yang sering kita terlupakan?     Dalam perbuatan seharian kita, pastinya kita akan sering menganggap suatu perkara dengan ada dualiti persaingan antara kedua perkara tersebut. Perkara ini memang kita anggap memang berlaku mala...